Get Your Business Started With Flat Responsive

    Use Flat Responsive theme to create your business website as it is SEO optimized.
    Enjoy the flexibility in design and functionality provided by this theme.

    Get Theme

    Setelah melalui pengalaman bersama Pn Hjh Raubiah di SK Permatang To’ Kandu seba…


    Setelah melalui pengalaman bersama Pn Hjh Raubiah di SK Permatang To’ Kandu sebagai pembantu di bahagian ABM dan Media. Saya berpeluang mengikuti Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah di PKG Seberang Jaya. Pada masa itu En Md Noor Jan Mohd menjadi penyelaras PKG. Kali pertama saya berkursus di luar di Langkawi, Kedah pada tahun 1992. Kami menginap di Hotel Langkasuka. Inilah kali pertama saya berkursus dan meninggalkan anak yang kedua berumur dua tahun setengah. Orang perempuan kalau diarahkan berkursus di luar kawasan satu kampung tahu dan siap panggil emak jaga anak, berbanding orang lelaki! Seramai 25 orang guru yang mengikuti kursus tersebut dan bermula dari situ saya berjinak-jinak dengan dunia Pusat Sumber Sekolah.
    Kami belajar DDC dengan lebih mendalam dan menulis kad katalog. Tiada komputer atau sistem pada waktu itu. Kami belajar menghasilkan kad katalog bagi setiap buku yang dimasukkan entri data untuk :
    1. Judul
    2. Pengarang
    3. Perkara
    Canggih waktu itu kerana pengujung mencari maklumat berpandukan kad katalog yang disusun di dalam rak kayu seperti gambar di bawah. Jika ingin mencari buku di perpustakaan, rak inilah yang akan dibuka dahulu sebelum mengambil buku dirak terbuka. Menjelang penghujung tahun 1990an kad katalog sudah tidak digunakan lagi. Inilah bebanan GPM pada waktu itu termasuk saya. Saya tidak pasti , masih adakah rak kad katalog di sekolah anda?







    Source

    4 Comments

    1. Rose Laili | | Reply

      Rak ni ada kat pss sek saya tapi diletakkan kad pinjaman buku

    2. Literasi Maklumat | | Reply

      Jika kad katalog masih dalam simpanan, boleh digunakan sebagai acuan ukuran melabel buku. Mudah, lipat dua kad katalog, letakkan kad katalog dari bawah tulang buku dan lekatkan label di garisan atas kad katalog dan tulang buku. Anda pasti akan mendapat garis lurus apabila buku disusun di atas rak.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *