Get Your Business Started With Flat Responsive

    Use Flat Responsive theme to create your business website as it is SEO optimized.
    Enjoy the flexibility in design and functionality provided by this theme.

    Get Theme

    Berita Benar Vs Berita Palsu Zaman mendapatkan berita telah berubah kini. Dahul…



    Berita Benar Vs Berita Palsu

    Zaman mendapatkan berita telah berubah kini. Dahulu surat khabar, siaran berita, majalah, tabloid menjadi kegilaan untuk mendapatkan maklumat. Perkembangan teknologi meninggalkan semua itu sebagai bahan kenangan sahaja tetapi masih ada nilai “vintage” nya suatu masa nanti apabia generasi semakin tua.

    #1. Dapatkan berita daripada sumber yang sahih bukan melalui
    orang tengah. Sungguhpun begitu, kini banyak berita di sedut
    daripada laman sosial sahaja. Di Malaysia sumber berita utama
    adalah dari BERNAMA, kini tidak lagi. Malah BERNAMA juga
    menyedut berita dari laman sosial rasmi orang ternama.

    #2. Penyelidikan dan kajian saintifik tidak sukar untuk mendapat
    kesahihannya kerana kita boleh menyemak laman web atau
    jurnal berkaitan.

    #3. Bagi acara besar semasa, ikuti laman sosial pengantaranya.
    Kebiasaan mereka akan memuat naik acara semasa di FB,
    Instagram atau Twitter yang popular. Ini kerana acara semasa
    memerlukan rating tinggi.

    #4. Berita berkaitan bencana alam atau kemusnahan serta
    kemalangan akan menjadi topik utama dan ulasan
    berkaitannya dibuat berterusan. Ambil sedikit masa untuk
    mendapatkan perkembangan berita bukan setiap saat.
    Dapatkan maklumat lanjut di laman web rasmi atau semak dan
    cari lebih lanjut lagi. Secara tidak langsung anda akan
    mengenali lokasi kejadian di peta dunia.

    #5. Berhati-hati dengan maklumat yang berat sebelah. Ada
    maklumat di siarkan dan di momok-momok atas sebab politik
    atau persefahaman antara negara yang terlibat. Semak dari dua
    sumber yang bertentangan.

    #6. Bezakan antara fakta dan emosi atau tidak pasti. Jika
    penyampai menyatakan “agaknya”, “rasanya”, “pendapat saya”,
    anda boleh fikir sendiri.

    #7. Semua orang bebas menjadi wartawan persendirian. Bebas
    untuk menulis di laman sosial atau blog dan boleh merakam
    secara “live” lagi. Jangan kita lemas dalam banjir maklumat dan
    menyebarkannya sebelum mendapat berita yang sahih.View full lesson: http://ed.ted.com/lessons/how-to-choose-your-news-damon-brown With the advent of the Internet and social media, news is distributed at an i…


    Source

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *