Get Your Business Started With Flat Responsive

    Use Flat Responsive theme to create your business website as it is SEO optimized.
    Enjoy the flexibility in design and functionality provided by this theme.

    Get Theme

    10 jam yang amat bermakna dan hasil yang begitu memberangsangkan. Bengkel Kemahi…


    10 jam yang amat bermakna dan hasil yang begitu memberangsangkan. Bengkel Kemahiran Literasi Maklumat yang terbaik pernah dilaksanakan kerana penggunaa Modul sepenuhnya sehingga menghasilkan produk yang sangat berkualiti.

    Hari pertama:
    – pengenalan berkaitan Literasi Maklumat dan kemahiran Literasi Maklumat
    – aktiviti Literasi Maklumat seperti permainan maklumat dan mencatat nota
    – produknya : catatan nota dan gallery walk.

    Hari kedua:
    – pengenalan The Big6
    – produk : Persembahan Multimedia bertemakan “Kerjaya Anda”

    Tema yang dipilih adalah Kerjaya. Ramai pelajar mempunyi cita cita untuk menjadi seorang yang profesional, tetapi cuma impian. Apabila ditanya apakah cita-cita mereka, klisenya : doktor,peguam, jurutera, arkitek dan ada sedikit kelainan seperti chef, pengurusan hospitaliti , juru hias dalaman, zoologist serta masih tidak mempunyai cita-cita lagi.

    Kali ini berbeza, pelajar dibahagikan kepada kumpulan mengikut cita-cita masing masing dan mereka sendiri mengecilkan skop kerjaya – hebat!
    Seterusnya mencari maklumat berkaitan kerjaya berkenaan untuk disampaikan.

    Di dalam masa 4 jam mereka memerah kreativiti dan mengurus kumpulan sendiri. Ada yang ke Pusat Sumber, mencatat, berbincang dan menghasilkan persembahan power point.

    Sebagai pembimbing kita mesti jelas tentang apa yang hendak dihasilkan. Berapa lama masa diperlukan untuk persembahan. Berapa banyak slide diperlukan. Selepas itu beri mereka kepercayaan untuk melaksanakannya.Pembimbing hanya memantau dari satu kumpulan ke satu kumpulan.

    Ini adalah kumpulan pelajar yang besar 130 orang pelajar seluruh tingkatan 3 yang baru lepas PT3 dan tidak ada minat untuk mendengar ceramah demi ceramah. Mereka sudah bosan dengan celoteh motivasi. Mereka mahu apa yang realistik di hadapan.

    Kemahiran berkaitan buku dan sumber diajar secara tidak lansung dan sangat berkesan. Penggunaan sepenuhnya internet dan pencarian maklumat atas talian.

    Akhirnya terhasil persembahan yang begitu mantap dan memberi pengetahuan. Mereka telah menghasilkan persembahan yang jauh dari jangkaan menggunakan pelbagai aplikasi terkini seperti Pow-toon. Hebat!

    Penyampaian yang begitu yakin seolah olah mereka berapa di dalam kerjaya tersebut sedangkan mereka baharu tingkatan 3. Boleh menjawab pertanyaan rakan dengan baik.

    Itulah kuasa Literasi Maklumat!
    Semua kemahiran bergabung serentak – konvensional dan digital

    Terima kasih kepada Pengetua Sekolah Antarabangsa Lodge Tn Thomas Ho yang menjadikan Literasi Maklumat sebagai aktiviti di dalam matapelajaran mulai sesi persekolahn tahun hadapan.















    Source

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *