Get Your Business Started With Flat Responsive

    Use Flat Responsive theme to create your business website as it is SEO optimized.
    Enjoy the flexibility in design and functionality provided by this theme.

    Get Theme

    HOTS merentas subjek dan kehidupan sebenarnya. Di dalam membuat apa sahaja keput…


    HOTS merentas subjek dan kehidupan sebenarnya. Di dalam membuat apa sahaja keputusan teknik teknik di dalam HOTS amat membantu. Suatu masa dahulu semasa apabila Kemahiran Berfikir diperkenalkan, teknik-teknik seperti Six Thinking Hats menjadi amalan sehingga sekarang. Dalam menyediakan pelajar mendepani survival masa hadapan yang rencam ibu bapa dan guru memainkan peranan yang besar.

    Berkaitan I-think, ambil sahaja yang terbaik dan bersesuaian kerana cara pembelajaran manusia berbeza-beza. Jangan ada paksaan dalam berkreativiti.
    Kita juga tidak suka hidup kita di atur-atur dalam lingkungan tertentu. Jiwa akan memberontak. Oleh kerana tidak berani melawan, rasa marah disimpan akhirnya menjadi barah dan tertekan. Cedera emosi lebih parah dari cedera fizikal.

    Di dalam HOTS maklumat juga penting. Anda perlu HOTS untuk mencari maklumat dan anda perlu maklumat untuk HOTS. Jadi keduanya saling berkaitan.

    Teknikal HOTS memerlukan anda:

    1. Mengingati – hafal maklumat
    2. Memahami – menerangkan maklumat
    3. Mengaplikasi – guna maklumat dalam situasi baharu
    4. Menganalisis- persoal – pecah kani maklumat dan hubungkait
    5. Menilai – hujah
    6. Mencipta – hasilkan atau bangunkan idea dan produk baru

    Tiada bezanya di dalam Literasi Maklumat juga anda perlu : Menentu, Mencari, Mengguna, Mencatat, Melapor dan Menilai

    Jadi HOTs dan Literasi Maklumat saling menyokong di antara satu sama lain.












    Source

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *