Get Your Business Started With Flat Responsive

    Use Flat Responsive theme to create your business website as it is SEO optimized.
    Enjoy the flexibility in design and functionality provided by this theme.

    Get Theme

    Literasi Maklumat mendepani cabaran pembelajaran abad ke 21. Semua pihak perlu b…


    Literasi Maklumat mendepani cabaran pembelajaran abad ke 21. Semua pihak perlu bersedia dari sekarang.




    Bercakap tentang pelaksanaan Literasi Maklumat (LM) di sekolah, GPM hendaklah melihat LM dalam konteks pendidikan atau berfokuskan kepada soalan bagaimanakah LM yang baik dapat membantu seseorang murid berfungsi dengan berkesan dalam masyarakat berpengetahuan, menangani pelbagai isu kehidupan serta mampu menghadapi cabaran abad ke 21.

    Pada masa ini, GPM serta warga sekolah perlu sedar bahawa Malaysia berada di ambang Wawasan 2020 dalam masa kurang daripada dua tahun. Dalam meniti lonjakan terakhir ini, transformasi perlu dilaksanakan oleh pelbagai pihak terutamanya KPM supaya generasi yang bakal menerajui Malaysia nanti adalah modal insan yang cemerlang dari segi kemahiran, ilmu dan akhlak seperti yang dihasratkan melalui 6 Aspirasi Murid (PPPM 2013-2025).

    Selain itu GPM perlu mengetahui, memahami dan menghayati perkara-perkara dasar yang dihadapi bukan sahaja negara ini malah serata dunia, antaranya permulaan Industri Ke-4 yang bakal mengubah dunia melalui penggabungjalinan dunia fizikal dan siber yang memberi impak kepada ekonomi dunia.

    Bagi menangani isu ini serta memastikan masa depan negara yang terus cemerlang dan menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang belum lagi wujud pada masa kini, kerajaan berusaha melalui strategi dan pendekatan yang kadangkala drastik untuk mentransformasi bidang-bidang tertentu terutamanya bidang pendidikan kerana di situlah masa depan bermula.

    Transformasi bidang pendidikan dibentangkan kepada kita melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu satu pelan jangka panjang pendidikan negara. Di dalamnya, kita disuapkan dengan pelbagai anjakan, pendekatan dan strategi untuk membina negara bangsa seperti Kemahiran Abad Ke-21, memanfaatkan ICT dalam Pendidikan dan sebagainya.

    Sekiranya GPM menghayati PPPM, GPM dapat merancang aktiviti LM secara strategik, memberikan impak yang tinggi dan dapat melahirkan murid yang kritis, kreatif, inovatif , berfikiran global dan mempunyai daya saing yang tinggi.

    Di sekolah-sekolah di Malaysia, LM dilaksanakan melalui aktiviti sokongan kurikulum secara modular. Oleh kerana bidang LM terlalu luas, maka skop LM perlu dirancang dengan teliti melibatkan pihak berkepentingan dalam dan luar sekolah supaya murid yang dilahirkan ialah murid yang berpemikiran kritis dan kreatif, berkomunikasi dengan berkesan, berkolaborasi dalam penyelesaian masalah di samping mempunyai nilai dan etika yang tinggi (Pembelajaran Abad Ke-21: 4K 1N)

    Tugas memberi pendedahan LM kepada murid tidak mampu digalas seorang oleh GPM. Melalui Jawatankuasa PSS, GPM yang bijak akan melibatkan ahli jawatankuasanya secara aktif bagi memastikan murid “berupaya mengenalpasti bila maklumat diperlukan dan berkeupayaan mengesan, menilai, dan menggunakan dengan berkesan maklumat yang diperlukan itu. Individu-individu yang celik maklumat adalah mereka yang telah mempelajari bagaimana untuk belajar.”

    Atas dasar ini, KPM MENCADANGKAN konsep LM bertumpukan kepada PEMBINAAN kemahiran murid (kognitif dan meta-kognitif) supaya mereka mempunyai LM yang baik. Gabungan kemahiran-kemahiran ini mampu menguatkan asas mengenal pasti, mencari, dan mersembahkan maklumat. Walaupun banyak kemahiran yang diperlukan oleh murid, kemahiran berikut dianggap sebagai antara kemahiran penting bagi membina dan melahirkan murid yang celik maklumat.

    1. Kemahiran Sains Perpustakaan – Peneraju kemahiran ini ialah GPM yang perlu merancang dan melaksanakan aktiviti yang berkaitan supaya murid dapat mengenal pasti dan mencari maklumat dengan berkesan.

    2. Kemahiran Belajar – Kaunselor sekolah dapat membantu GPM menyelaras aktiviti berkaitan dengan kemahiran belajar seperti kemahiran mendengar, mencatat, membuat rumusan dan sebagainya.

    3. Kemahiran Komunikasi – Kemahiran ini dapat ditingkatkan melalui aktiviti ko-kurikulum dan ekstra kurikulum yang dapaat dilaksanakan melalui aktiviti dalam Kelab dan Persatuan.

    4. Kemahiran ICT – Guru Penyelaras Bestari / GPICT dapat membantu melaksanakan aktiviti kemahiran maklumat atau kemahiran mempersembah melalui penggunaan ICT

    5. Kemahiran Berfikir – Ketua Panitia dan Guru mata pelajaran dapat membantu memupuk kemahiran ini melalui aktiviti pembelajaran dalam dan luar bilik darjah.

    Bagi melaksanakan pembelajaran abad ke-21, kemahiran spesifik perlu dikuasai berteraskan pengetahuan kandungan, kepakaran dan literasi ICT dengan sokongan sistem inovatif. Justeru, pembudayaan ICT dalam PdP dan PdT di sekolah dapat melengkapkan murid dengan kemahiran abad ke-21 supaya mereka dapat bersaing dalam dunia tanpa sempadan, dan berfungsi sebagai k-workers bagi menjana ekonomi berasaskan pengetahuan.

    Dengan itu, pelaksanaan LM abad ke21 perlu mengambil kira perkara berikut:
    • Menyediakan infrastruktur ICT yang terkini dan sesuai dengan tujuan PdP
    • Memastikan capaian internet tersedia untuk semua sekolah
    • Bahan sumber pembelajaran tersedia untuk guru dan murid
    • Pembelajaran sepanjang hayat dan ubiquitous diutamakan dalam sekolah dan luar sekolah
    • Membangun modal insan yang holistik, berpengetahuan serta berfikiran, kreatif, kritis dan berinovatif
    • Menanda aras amalan terbaik peringkat antarabangsa untuk melonjak kecemerlangan PSS

    Akhir sekali saya berharap agar penulisan saya ini dapat membantu meningkatkan kefahaman GPM berkaitan konsep LM dalam pendidikan serta cadangan strategi yang boleh diambil oleh GPM untuk melaksanakan LM di sekolah masing-masing.

    by Fadzliaton Zainudin
    #sayatiadatauliahhanyaadasayang


    Source

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *