Get Your Business Started With Flat Responsive

    Use Flat Responsive theme to create your business website as it is SEO optimized.
    Enjoy the flexibility in design and functionality provided by this theme.

    Get Theme

    Terima kasih kepada Persatuan Pustakawan Malaysia di atas cadangan kerjasama b…


    Terima kasih kepada Persatuan Pustakawan Malaysia di atas cadangan kerjasama bersama Persatuan Pss Pulau Pinang. Semoga aktiviti dan kegiatan perbukuan dapat dimanfaatkan oleh semua GPM.


    Hari ini Encik Akmal Ahmat yang merupakan ahli majlis PPM sesi penggal 2016 – 2018 merangkap Pengerusi JK Teknologi Maklumat dan Puan Intan Haryati
    wakil Skuad Kempen Membaca USM menerima kunjungan Puan Norhayati Razali & Puan Hjh Jusniar Ab Jalil di Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia.

    Kehadiran Puan Norhayati dan Puan Hjh Jusniar adalah mewakili Jawatankuasa Tetap Pusat Sumber Sekolah Kumpulan Utara, Literasi Resources (Literasi Maklumat), Persatuan Pusat Sumber Sekolah Pulau Pinang (PPSSPP) dan Guru-guru Perpustakaan & Media (GPM) untuk bertukar-tukar pandangan dan merangka penambahbaikan tindakan bersama dalam membangunkan pusat-pusat sumber sekolah dan guru perpustakaan & media terutama dari segi hal-hal:-

    1. Latihan untuk jurulatih GPM :-
    – Literasi Maklumat
    – Keselamatan Siber

    2. Program CSR bersama PPM & USM untuk sekolah yang memerlukan

    3. Penulisan artikel oleh GPM – perkongsian “tacit knowledge” GPM, amalan terbaik pengurusan dan aktivtiti PSS

    Bersama-sama kita doakan & turut serta untuk libatsama dalam merealisasikan usahasama ini dengan jayanya.

    #PPMBantuBersama #MembangunBersama #TransformLibrariesTransformSocieties #FreeKnowledgeSharingConsultation


    Source

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *