Get Your Business Started With Flat Responsive

    Use Flat Responsive theme to create your business website as it is SEO optimized.
    Enjoy the flexibility in design and functionality provided by this theme.

    Get Theme

    Menarik…Jom Sertai Sayembara Baca&Kongsi@PBAKL2018… baca dan teliti panduan …


    Menarik…


    Jom Sertai Sayembara Baca&Kongsi@PBAKL2018… baca dan teliti panduan dan syarat-syaratnya seperti berikut:

    Kami ingin menjemput anda (Terbuka kepada Murid Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah sahaja) yang berminat untuk menghasilkan Rakaman Video berdurasi 3 minit dalam Sayembara Baca&Kongsi@PBAKL2018.

    Contoh: https://youtu.be/FfWRd9ZH4uY dan https://youtu.be/paZsvrhhO6g

    Sayembara ini merupakan perkongsian video rakaman mengenai ulasan/ penceritaan semula berdasarkan sebuah buku yang telah dibaca.

    Kriteria bagi pemenang sayembara ini ialah melalui jumlah “like” terbanyak dan markah juri bagi ulasan/ penceritaan yang disampaikan oleh pembaca. Rakaman video dibuka untuk semua genre buku yang dibaca.

    Rakaman video yang mendapat ‘like’ terbanyak akan disenarai pendek dan diberi markah oleh penilaian juri.

    Pemenang akan diumumkan semasa PBAKL 2018 di PWTC. Pemenang juga akan dijemput membuat persembahan sebelum keputusan diumumkan.

    BAGAIMANA MENGHANTAR PENCALONAN?
    Kongsi/ Hantar pautan/ url video rakaman (www.youtube.com) berdurasi 3 minit ke

    fb page: Baca&Kongsi@PBAKL2018

    Sertakan maklumat yang berikut:
    1.Nama penuh: 2.Judul buku: 3.ISBN: 4.Penulis: 5.Penerbit:

    serta emelkan juga ke bacakongsi@gmail.com dan sertakan maklumat yang berikut:
    1.Nama penuh: 2.No. HP: 3.Judul buku: 4.ISBN: 5.Penulis: 6. Penerbit: 7.URL/Pautan Youtube:


    Source

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *