Get Your Business Started With Flat Responsive

    Use Flat Responsive theme to create your business website as it is SEO optimized.
    Enjoy the flexibility in design and functionality provided by this theme.

    Get Theme

    IFLAWLIC 2018 Kuala Lumpur Apa yang saya pelajari dan ingin dikongsi: 1. Penye…


    IFLAWLIC 2018 Kuala Lumpur

    Apa yang saya pelajari dan ingin dikongsi:

    1. Penyertaan
    Hasrat untuk menyertai IFLA terpendam sejak sekian lama. Bermula dari bekerja di BTPN Pulau Pinang lagi 2004 dahulu dan bergiat di dalam pengurusan aktiviti PSS sejak sekian lama.

    Tumpuan pada masa itu untuk menyertai IASL- International Association Of School Librianship kerana nampak lebih relevan dan perbelanjaan yang sederhana. Bermula 2006 di Hong Kong dan 2007 di Taiwan atas pembiayaan separuh dari poket sendiri dan separuh lagi dari sumbangan Persatuan Pusat Sumber Sekolah Pulau Pinang (PSSPP).

    Sekembali dari kurus IFLA ALP di New Zeland, hasrat berkobar untuk menyertai IFLA di Gothenberg 2010, tetapi waktu itu telah bertukar ke Urusetia Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Sungguhpun begitu, Kertas Kerja bertajuk ” Value of Social Networking in Libraries and Information Organizations in Asia and Oceania” berjaya di bentang. Terima kasih kepada Dr Namalee Suraweera dan rakan sekursus.

    Selepas itu hasrat berkubur begitu sahaja kerana rata-rata yang pergi ke IFLA adalah mereka yang mempunyai hiraki yang tinggi dalam organisasi.

    Tahun 2015 – 2018 merubah segalanya. Tumpuan kepada konsultensi PSS dan Literasi Maklumat telah menghidupkan kembali hasrat untuk ke IFLA tetapi kekangan kewangan menarik kembali hasrat. Saya teringin untuk membentangkan kertas kerja, masih banyak tetapinya.

    Apabila PPM membuka peluang untuk penyertaan ahli PPM melalui geran pendaftaran, saya terus mengambil peluang untuk memohon. Pada asalnya saya mendaftar sebagai sukarelawan dan dipanggil untuk temuduga tetapi saya tidak hadir temuduga tersebut kerana memikirkan faktor usia serta ada komitmen lain.

    2 minggu sebelum bermula IFLA, saya menerima emel yang menyatakan saya berjaya terpilih dalam kalangan 39 peserta lain. Alhamdulillah, syukur – 5 nama yang bukan Pustakawan terpilih termasuk saya iaitu Datin Che Normadiah Che Abbas, Dr Siri Sena Baba Hamid (Pensyarah IPGM), Latifah Arshad (GPM), Mohd Haliq Nasir (GPM) dan Noorjahan Sultan (BTPN Pahang)

    Bagi saya, ini adalah satu perhargaan yang cukup tinggi juga pengiktirafan negara kepada saya serta rakan-rakan. Jumlah geran 500 Euro bukan sedikit.

    Oleh itu bagi menyertai ILFA WLIC yang diadakan setiap tahun di serata dunia, sedikit tips untuk penyertaan (ditanggung sendiri)

    a. Persediaan dari segi kewangan
    – tiket kapal terbang : dapatkan tiket harga murah dan beli setahun lebih awal kerana tarikh IFLA tela diumumkan.
    Contoh IFLAWLIC Athens 2019 : 24-30 Ogos 2019.

    – penginapan : oleh kerana jangkasama persidangan
    IFLAWLIC lebih kurang 7 hari + lawatan ke perpustakaan + sight seeing , ia boleh memakan masa selama 10 hari.
    Cara termurah dapatkan penginapan secara Air BnB atau Hotel BnB.

    – perbelanjaan makan minum : masak sendiri lebih
    menjimatkan dan bawa bekalan ke tempat persidangan

    – perbelanjaan harian : oleh kerana IFLA bukan seperti pesta buku, perbelanjaan hanya untuk pergerakan dan membeli cenderamata sahaja sebagai kenangan.

    b. Persediaan persidangan

    IFLA WLIC menyediakan 4 segmen utama iaitu :

    1. Bussines Meeting : mesyuarat dalam kumpulan yang kecil membincangkan isu semasa dan akan datang dan dalam semua bidang kepustakawan. Ada ahli jawatan kuasanya dan peserta boleh masuk sebagai pemerhati.
    IFLAWLIC yang lepas ada 118 bussines meeting

    2. Congress : Terdapat 101 sesi persidangan dan pembentangan kertas kerja. Kita boleh pilih mengikut kesesuaian dan bidang masing-masing. Ambil peluang sebanyak mungkin untuk melihat apa yang berlaku di luar sana. Dari negara yang maju hinggalah ke negara yang membangun.
    Banyak perkongsian aktiviti yang negara juga kita telah laksanakan tetapi tidak diangkat ke persada antarabangsa.

    3. Expo Pavilion. Tech Lab : Sesi pameran dan memperkenalkan produk terkini untuk perpustakaan. Peluang yang baik untuk mengenali vendor dan juga pengetahuan mengenai IFLA di sini.

    4. Special Session : Sesi seperti Perasmian dan Penutupan Pembentangan Laporan, Poster , Plenary, General Assembly dan Cultural Night berada di sini.
    Keperluan untuk hadir bagi melihat sejauh mana IFLAWLIC telah bekerja untuk kebaikan sejagat.

    5. Networking : Ini yang ditekankan semasa IFLAWLIC. Berkenalan dengan seramai mungkin rakan sealiran dari seluruh pelusok dunia. IFLAWLIC lepas menyaksikan penyertaaan lebih 3500 peserta dari 112 negara dan merupakan olimpik untuk perpustakaan. Memang kita tidak terjangkau semua tetapi kita tidak perlu sombong, berikan senyuman manis dan sapa rakan disebelah kita tentu akan ada pengalaman berbeza.

    – Aplikasi IFLAWLIC2018 sangat membantu dan peserta oleh memilih untuk ke persidangan mana.

    Inilah penyertaan peringkat dunia yang penuh dengan kandungan yang pernah saya sertai. Penyertaan ke pesta buku Bolonga dan Frankfurt berbeza sedikit.

    Pengurusan sangat profesional dan KL Convetion Center yang dipilih sebagai tempat persidangan sangat kondusif dan bertaraf antarabangsa.

    Jadi, untuk ke IFLAWLIC perlu sedikit tujuan dan matlamat. Seperti juga kita mencari maklumat perlu ada kemahiran menentu, mencari, mengguna, mencatat, melapor dan menilai barulah “value for money”!

    Bersambung …

    #IFLAWLIC2018
    #WLICWOW
    #tahniahPNMPPMSukarelawanIFLA





    Source

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *