Get Your Business Started With Flat Responsive

    Use Flat Responsive theme to create your business website as it is SEO optimized.
    Enjoy the flexibility in design and functionality provided by this theme.

    Get Theme

    International Federation of Library Associations and Institutions (IFLA)


    IFLAWLIC2018 Kuala Lumpur

    Apa yang saya pelajari dan ingin kongsi – sambungan

    2. Pengisian

    IFLAWLIC adalah acara yang sarat dengan kandungan dan menjurus kepada kepustakwanan, layari https://www.ifla.org/ untuk melihat betapa besarnya peranan IFLA untuk kebaikan sejagat dalam mencari maklumat untuk pengetahuan. Terdapat 50 seksyen yang membentuk gabungan persatuan perpustakaan dan institusi.

    Sebagai peserta yang baru pertama kali mengikuti IFLAWLIC , kami di gelar “First Timer” dan terpingga-pingga juga mana satu yang harus diikuti. Sebelum bergerak ke Kuala Lumpur, saya sudah memuat turun Aplikasi IFLA WLIC 2018 serta menetapkan matlamat untuk menghadirkan diri di seksyen :

    1. Literasi Maklumat
    2. Pusat Sumber Sekolah
    3. Literasi dan Membaca
    4. Lain-lain yang berkenaan

    Penetapan matlamat ini penting supaya arah tuju kehadiran dapat dimanfaatkan sepenuhnya juga sealiran dengan passion. Jadi buku kecil “Pocket Programme” juga sangat membantu, kerana semua maklumat mengenai tajuk sesi, bilik dan masa dicatatkan dengan jelas.

    Manakala Apps IFLAWLIC lebih canggih kerana semua kertas kerja penuh , maklumat pembentang dan sesi boleh dimuat turun. Senang betul hidup! Cetak apabila perlu sahaja. Di KLCC Wifi percuma sepanjang sesi.

    Terdapat juga sesi ‘Satelite Meeting’- sesi di luar kongress dan tempat yang berbeza seperti di Pulau Pinang, Sarawak serta sekita Kuala Lumpur.

    Kali ini satelite meeting untuk Pusat Sumber Sekolah dan Literasi Maklumat berjalan serentak. Satu di BTP Bukit Kiara dan UniKL masing-masing.

    Selain Satelite Meeting, terdapat juga Caucus Meetings iaitu mesyuarat yang berfokus kepada bahagian-bahagian dunia yang tertentu dan bahasa yang sama. Terdapat Caucus : Africa, Asia & Oceania, Latin America & Caribean, Canada, Europe, Portugis, Arab, Sepanyol, USA, China, Peranchis, Nordic, UK, Korea, Jerman, Jepun dan ASEAN. Peserta boleh masuk dan melihat aktiviti-aktiviti di negara tersebut.

    Apa yang lihat dan pelajari, satelit meeting ini penting untuk membincangkan agenda keperluan universal berkaitan perpustakaan. IFLA menyediakan garis panduan pelaksanaan untuk digunakan pakai oleh semua negara. Menurut salah seorang pembentang berkaitan dengan pembangunan profesionalisma pustakawan, mereka tidak boleh meletakkan gerak kerja yang tinggi dan juga rendah, jadi gerakerja adalah lebih umum dan setiap negara boleh mengubahsuai mengikut keperluan.

    Sebagai rakyat Malaysia dan giat di dalam bidang ini, garis panduan yang disedikan oleh IFLA sangat membantu. Cuma strategi pelaksanaan perlu jelas dan sesuai mengikut acuan Malaysia.

    Telah ada garis panduan Pusat Sumber Sekolah di dalam Bahasa Melayu dan juga Literasi Maklumat di dalam Bahasa Inggeris yang mudah difahami, tugas kita hanya melaksanakan sahaja.

    Tahun hadapan akan terbit garis panduan “IFLA Toolkit for developing national literacy and reading strategies”. Jadi agenda Malaysia Membaca boleh melihat garis panduan ini.

    Bersambung ….

    #IFLAWLIC2018KualaLumpur
    #WLICWOW
    #MalaysiaMembaca
    #LiterasiMaklumat
    #PusatSumberSekolah
    #DrMazleeMalik

    International Federation of Library Associations and Institutions (IFLA)

    The International Federation of Library Associations and Institutions (IFLA) is the leading international body representing the interests of library and information services and their users. It is the global voice of the library and information profession.


    Source

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *