Get Your Business Started With Flat Responsive

    Use Flat Responsive theme to create your business website as it is SEO optimized.
    Enjoy the flexibility in design and functionality provided by this theme.

    Get Theme

    Program NILAM ini bagus falsafahnya, tetapi dipandang sebagai beban tugas lain j…


    Program NILAM ini bagus falsafahnya, tetapi dipandang sebagai beban tugas lain jadinya.

    Jika Allahyarham Tan Sri Rafaei Mahat masih ada tentu dia kecewa begitu juga dengan Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid. Mereka pelupor budaya membaca yang hebat.

    Kita ketandusan ikon membaca kecuali YBhg Tun Dr Mahathir yang masih ada. Bagaimana mahu mewujudkan masyarakat membaca yang tinggi menjelang 2030 jika tidak dimulakan dari sekarang?

    Masyarakat kita dilatih secara berstruktur dan membaca dianggap satu paksaan. NILAM hanya nama program, impaknya lebih dari program. Tanpa minat membaca jangan harap kita akan maju setanding Findland. Semua bermula dari rumah, ibu bapa minat membaca akan memberi teladan kepada anak- anak.
    Guru-guru minat membaca akan menjadi teladan kepada murid begitulah seterusnya.

    Di luar negara budaya membaca dipupuk sejak dari dalam kandungan. Ibu bapa dengan senang hati membawa anak- anak ke perpustakaan. Pusat membeli belah ditutup pada hujung minggu dan bukan menjadi pusat bersantai, hanya untuk membeli keperluan seharian sahaja. Lampu perpustakaan dibuka 24 jam. Minuman kopi percuma disediakan.

    Di kampung yang tersorok di pendalaman seperti tempat jin bertendang, budaya membaca boleh hidup dengan sendirinya dan membantu ekonomi penduduk setempat. Setiap hari ada sahaja pengunjung datang membeli buku-buku terpakai.

    Inilah budaya yang ingin kita bawa sebenarnya. Jika bukan di sekolah di mana lagi mahu dipupuk?















    Source

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *