Get Your Business Started With Flat Responsive

    Use Flat Responsive theme to create your business website as it is SEO optimized.
    Enjoy the flexibility in design and functionality provided by this theme.

    Get Theme

    Apa yang boleh dikongsi di dalam seminar tadi: Satu perkataan yang boleh mewaki…


    Apa yang boleh dikongsi di dalam seminar tadi:

    Satu perkataan yang boleh mewakili semua iaitu “passion”. Tanpa passion apa sahaja yang mahu dibuat tidak akan jadi.

    Tn Hj Ishak – Presiden MABOPA berkongsi bagaimana dia dan pasukan kerja seramai 6 orang bertungkus lumus menyiapakan kertas cadangan untuk Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia.

    Bukan kerja yang mudah dan pengalaman yang sama juga dilalui saya semasa menubuhkan Kota Buku, tetapi peringkat nasional berbeza dengan WBC KL peringkat antarabangsa.

    Proses birokrasi memang tidak boleh dielakkan tambahan pula melibatkan 2 kementerian yang berbeza, suasana negara yang berubah pentadbirannya.

    Memang banyak aktiviti yang disenaraikan sebagai teras menggerakkan Kuala Lumpur WBC tetapi pengemudi gerakan perlu betul betul kuat dan faham aspirasi sebenar.

    Banyak fokus boleh dilihat dan apa akan berlaku selepas pengisytiharan selepas 23 April 2020?

    Adakah aktiviti teras hanya berjalan dalam kerangka waktu 2 tahun sahaja.

    Cabaran-cabaran pengurusan, pulangan kepada industri perbukuan dan manfaat kepada negara pula bagaimana?

    Mahukan kita menjadi seperti Athens?

    Oleh kerana WBC Kuala Lumpur atas nama sebuah bandar dan sifatnya mempunyai autonomi sendiri, cabaran menjadi lebih hebat lagi. Kerjasama 2 kementerian dilihat memberi kesan positif.

    Pelaksanaan WBC KL tidak boleh dibuat secara sambil lewa dan atas dasar meminjam pegawai kerajaan di sana sini dan buat kerja. Bidang mengurus boleh buat begitu tetapi tugas mencari penaja, perhubungan antarabangsa, pemikir industri, pengacaraan memerlukan suatu badan menguruskannya secara profesional.

    Ambil contoh Sarjah Book Authority yang diuruskan secara profesional.

    Janganlah nanti Kuala Lumpur menjadi mangsa pertama kesan penambahan klausa UNESCO iaitu berhak untuk menarik balik anugerah kerana tidak nampak kesatuan di dalam gerakan.

    Perlu banyak kerja rumah lagi sebenarnya!

    Apapun tahniah kepada pasukan kerja pembidaan WBC Kuala Lumpur iaitu Pn Zaiton Abu Samah , Noraida Salleh (DBP), Ahmad Fazli Abd Aziz (MBKM), Hj Ishak Hamzah, Arif Hakim Sani dan Sheikh Faisal (MABOPA) kerana berjaya memenangi hati juri pembidaan melalui kertas cadangan yang dibentangkan.

    Suka tema WBC KL

    “KL Baca: Caring Through Reading”




    Source

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *