Get Your Business Started With Flat Responsive

    Use Flat Responsive theme to create your business website as it is SEO optimized.
    Enjoy the flexibility in design and functionality provided by this theme.

    Get Theme

    Ibrah Kembara Ilmu – Demi cinta buku… Hari ini tamat sesi Bengkel Cuti Sekola…


    Ibrah Kembara Ilmu – Demi cinta buku…

    Hari ini tamat sesi Bengkel Cuti Sekolah , selama 4 hari 10 pelajar ini kami latih dengan kemahiran mendepani cabaran.
    Pada asalnya nampak mereka bosan, tentu sekali kerana cuti sekolah mereka diganggu, tetapi apabila membaca refleksi mereka rupanya mereka amat gembira. Bertemu kawan baru dan ilmu baru.

    Saya fokus kepada Kemahiran Literasi Maklumat di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Geografi.
    Topik yang senang dan berfokus.

    Untuk subjek Geografi saya meminta mereka buat perancangan untuk melancong ke negara yang bersalji dengan belanja RM5000.00.
    Memang mereka teruja membuat bajet untuk kapal terbang, makan minum dan penginapan. Pencarian maklumat sepenuhnya dari internet dengan hand phone masing masing.

    Rasa saya tidak salah membawa hand phone ke sekolah jika untuk tujuan pembelajaran malah amat membantu.

    Seronok memang seronok mengajar secara santai bersama Pn Hjh Maznah Omar dan Pn Wan Saliha.

    Semua AJK turut serta dan memberi sokongan.

    Kudos untuk Hj Mohamad Fauzi Ahmad &Kak Zah , Hj Hashim Harun & Kak Rahmah Matsaman, Hasba Fauzi & Cg Fauzi, Ustaz Sobri & Kak Fazilah Ishak , Kak Nasiah Yunos dan Ustaz, Kak Maznah Omar & Hj Jasni Ismail serta lain-lain anak kariah.

    Minggu hadapan kita berkampung lagi untuk Bengkel Menerbit Buku: Menuju PBAKL 2019 dari 13 – 15 Disember 2018

    #sepakatmembawaberkat










    Source

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *