Get Your Business Started With Flat Responsive

    Use Flat Responsive theme to create your business website as it is SEO optimized.
    Enjoy the flexibility in design and functionality provided by this theme.

    Get Theme

    Galuran Sejarah Bahasa Jawi Sejarah bahasa Jawi sangat jarang diajarkan kepada …


    Galuran Sejarah Bahasa Jawi

    Sejarah bahasa Jawi sangat jarang diajarkan kepada generasi kini.

    Kita seperti tidak tahu bahawasanya usia bahasa Jawi sangat panjang dan pada setiap abad sejarahnya, lahir ‘ilmuwan-‘ilmuwan dan karya-karya besar.

    Kita juga seperti tidak sedar bahawasanya bahasa Jawi ini bergaluran daripada safasih-fasih lisan insan, iaitu baginda Nabi Muḥammad, selawat dan salam ke atasnya.

    Menurut Profesor Syed Muhammd Naquib al-Attas, bahasa Jawi ialah salah satu daripada bahasa Islam.

    Bahasa Islam ialah bahasa yang mengandungi sejumlah istilah dan ma‘na Qur’an yang menyerap masuk ke dalam bahasa itu, sehingga membentuk suatu perbendaharaan kata yang memaparkan pandangan alam Islam yang nyata.

    Adapun Bahasa Islam yang pertama dan utama ialah bahasa ‘Arab. Bahasa ‘Arab ialah bahasa al-Qur’an dan juga bahasa yang dituturkan oleh Nabi Muḥammad sallā Allahu ‘alayhi wa sallam. Seperti yang telah dii‘tiraf oleh Allah Subḥanahu wa Ta‘āla melalui al-Qur’an, baginda tidak berkata-kata melainkan apa yang telah diwahyukan kepadanya.

    Bermula daripada baginda, maka lahirlah para sahabat dan ‘ulama yang menghidupkan tradisi ke‘ilmuan bahasa ‘Arab. Bahasa ‘Arab menjadi bahasa yang agung dunya, bahasa ke‘ilmuan sejagat dan penanda aras bagi keluhuran bahasa-bahasa ‘ilmu.

    Bahasa ‘Arab juga menjadi kenderaan pengislaman kepada bangsa-bangsa bukan ‘Arab. Shahdan, Bahasa Jawi telah terpilih menjadi salah satu bahasa yang diislamkan itu.

    Dengan gerakdaya pengislaman yang bersejarah ini, bahasa Jawi menjadi suatu bahasa yang baharu.

    Bahasa Jawi sebagai bahasa yang baharu menjadi perlambangan zahir bagi perubahan pandangan alam bangsa Melayu.

    Sebagai bahasa yang baharu juga, bahasa Jawi kaya dengan serapan istilah-istilah ‘Arab-Islam dan canggih dengan rupagaya bahasanya menuruti disiplin persūratan Islām.

    Bahkan Sebagai bahasa yang baharu, Bahasa Jawi disistemkan dengan memanfa‘atkan ḥurūf ‘Arab yang digubah dengan kesesuaian vokal dan konsonan Melayu.

    Dengan adanya tradisi ke‘ilmuan bahasa yang baharu untuk bangsa Melayu, maka bahasa Jawi bangkit menjadi salah satu bahasa agung umat Islam.

    Lihat galuran masa sejarah bahasa Jawi yang kami paparkan di sini dan perhatikan betapa panjangnya sejarah bahasa Jawi kita.

    ————

    Rujukan:

    1) Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu (Kuala Lumpur: Penerbit UKM, 1972); Historical Facts and Fiction (Kuala Lumpur, Penerbit UTM, 2011)
    2) Muhammad Zainiy Uthman, Pemikiran Dan Pembinaan Tamadun: Transformasi Modal Insan Ke Arah Negara Maju (Kuala Lumpur, Akademi Ketatanegaraan, 2012)
    3) Muhammad Syukri Rosli, Kitāb Naḥū Jāwī: Petuturan Melayu, ‘Abdu’Llāh ‘Abdu’r-Raḥmān (Kuala Lumpur, Akademi Jawi Malaysia, 2017)

    #bahasajawi
    #sejarahbahasa
    #akademijawi


    Source

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *