Get Your Business Started With Flat Responsive

    Use Flat Responsive theme to create your business website as it is SEO optimized.
    Enjoy the flexibility in design and functionality provided by this theme.

    Get Theme

    Sepanjang Bengkel Menulis dan Menerbit Menuju PBAKL 2020 1. Seramai 31 orang gu…


    Sepanjang Bengkel Menulis dan Menerbit Menuju PBAKL 2020

    1. Seramai 31 orang guru terlibat di dalam bengkel 2 hari ini. Mereka terdiri daripada Pengetua, Pegawai BTPN, GPM, Guru Kaunseling dan Guru Mata pelajaran

    2. Mereka sudah mempunyai bahan dan konten tempatan yang sangat bernilai. Dari cerita rakyat, budaya, sejarah , asal usul, gaya pembelajaran, pengalaman mengajar dan banyak lagi

    3. Ada yang dicantum mengikut tema dan ada yang akan terbit secara individu

    4. Mereka datang dari sekitar Tawau dan sejauh Pulau Sebatik dengan menaiki bot laju selama sejam setengah

    5. Semangat mereka tinggi dan ramai juga mempunyai latar belakang menulis. Ada yang pernah menulis skrip drama, cerpen, cerita kanak-kanak.

    6. 2 orang peserta bukan guru tetapi mempunyai bahan penulisan iatu cerita sains fiksyen dan seorang suri rumah yang kehebatan sama dengan guru.

    7. Hebatnya suri rumah ini kerana melakukan kerja yang sama dilakukan oleh GPM dengan adanya Pusat Sumber di rumahnya sendiri. Siap dengan carta organisasi keluarga dan pohon Nilam di rumah.

    8. Nantikan kemunculan terbitan Grup Penulis Tawau dengan konten lokal dan berpotensi untuk diangkat ke global

    Terima kasih dan tahniah kepada warga SK Kampung Titingan yang menjadi penganjur dan semua peserta yang begitu positif.

    #GrupPenulisTawau
    #MenujuPBAKL2020















    Source

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *