Get Your Business Started With Flat Responsive

    Use Flat Responsive theme to create your business website as it is SEO optimized.
    Enjoy the flexibility in design and functionality provided by this theme.

    Get Theme

    Khas buat ibu bapa yang mahu mendidik anak-anak tentang Kesedaran Pencegahan Rok…


    Khas buat ibu bapa yang mahu mendidik anak-anak tentang Kesedaran Pencegahan Rokok, ditampilkan 6 judul buku untuk bacaan kanak-kanak seawal 6 hingga 9 tahun.

    Melentur buluh biarlah dari rebung kata orang tua-tua. Apabila pena mendidik bukan setakat buku tetapi keseluruhan kehidupan seseorang itu.

    Buku Cerita Bergambar Siri Kesedaran Pencegahan Rokok ini dibangunkan daripada hasil kajian Pusat Racun Negara dalam bidang kawalan tembakau bagi menyokong visi Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Pelan Strategik Kebangsaan bagi Kawalan Tembakau ke arah Malaysia sebagai sebuah negara bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok.

    Seiring dengan hasrat ini, pihak Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia telah menghasilkan 6 buah buku cerita bergambar yang bertemakan kanak-kanak sebagai agen perubahan dan tidak memulakan amalan merokok.

    Buku-buku ini telah di teliti dan dinilai oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Merangkumi tajuk-tajuk berikut:

    1. Ayah, Amin Sesak Nafas!
    2. Gigi Atuk Kuning
    3. Hadiah Teristimewa
    4. Kenapa Adi Gembira?
    5. Projek Husna
    6. Siti Pergi Bercuti

    Nantikan perkongsiaan wakil dari Pusat Racun Negara di dalam forum “Apabila Pena Mendidik” 2 April 2019 nanti.

    #ApabilaPenaMendidik
    #KesedaranPencegahanRokok
    #SmokeFree




    Source

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *