Get Your Business Started With Flat Responsive

    Use Flat Responsive theme to create your business website as it is SEO optimized.
    Enjoy the flexibility in design and functionality provided by this theme.

    Get Theme

    Apabila Pena Mendidik Selain membawakan perkongsiaan hasil karya rakan guru kit…


    Apabila Pena Mendidik

    Selain membawakan perkongsiaan hasil karya rakan guru kita di dalam 5 judul buku yang begitu mengujakan. Forum pada 2 April nanti juga akan diwarnai oleh 2 insan yang paling istimewa dan mempunyai pengalaman yang besar dalam dunia pendidikan. Keduanya juga pernah menjadi guru pada suatu masa dahulu.

    Setelah bersara secara rasmi, dunia pendidikan tidak terhenti di situ. Kegiatan diteruskan dengan bidang yang diminati.

    Forum “Apabila Pena Mendidik ” membawa Pn Hasniah Hussein aka Mama Tok untuk mempersembahkan aktiviti bercerita dari salah satu pilihan daripada Cerita Rakyat Pahang- Puteri Walinong Sari.

    Siapakah Mama Tok?

    Hasniah Hussain (Mama Tok), berasal dari negeri Perlis, sekarang menetap di Subang Jaya, Selangor. Beliau seorang pendidik, penulis dan pencerita; bersara sebagai pensyarah bidang Drama Dalam Pendidikan Bahasa Melayu, IPGM Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur Ogos 2004.

    Pernah memenangi Pengarah Drama Terbaik melalui drama “Protes” dalam Pertandingan Drama peringkat kebangsaan 1974.

    Tempat pertama Peraduan Menulis Skrip Drama Kanak-kanak 2001 anjuran bersama TEMA dan ExxonMobil Malaysia, berjudul “Siber Lima”, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tahun 2010 dan di pentaskan di MATIC.

    Tempat ketiga Sayembara Menulis Novel Kanak-Kanak “Sahabatku, Isa YB” anjuran DBP 2011.

    Memenangi anugerah Pencerita Terbaik Festival Bercerita Antarabangsa di Tabriz, Iran Februari 2013.

    Penulis Buku Panduan Bercerita “Mama Ceritalah…” dan “Mama Ceritalah Lagi”, terbitan Al-Ameen, 15 Teknik Bercerita terbitan DBP. Beliau juga menghasilkan skrip drama kanak-kanak, buku cerita bergambar dan novel kanak-kanak.

    Jemput datang pada 2 April 2019 jam 10:00 – 11:00 pagi di Pentas Utama PWTC untuk bersama Mama Tok seterusnya Pelancaran Buku-buku karya sahabat Guru Perpustakaan dan Media.

    Seterusnya pada jam 11:00 pagi – 6:00 petang di Bilik Labuan akan berlangsungnya sesi forum “Apabila Pena Mendidik”.

    #ApabilaPenaMendidik
    #PanduanPSSIdaman
    #AmalanTerbaikPusatSumberKomuniti
    #LintasBatasAntarabangsa
    #KomunitiPerbukuan
    #CeritaOrangPahang
    #PBAKL2019
    #DekadMembaca
    #MalaysiaMembaca




    Source

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *