Get Your Business Started With Flat Responsive

    Use Flat Responsive theme to create your business website as it is SEO optimized.
    Enjoy the flexibility in design and functionality provided by this theme.

    Get Theme

    2 April 2019 Sejarah tercatat bagi sebuah penerbit buku yang baru berkecimpung…


    2 April 2019

    Sejarah tercatat bagi sebuah penerbit buku yang baru berkecimpung dalam dunia penerbitan berfokus kepada buku bimbingan dan perkongsiaan amalan terbaik serta ‘how to’.

    Kelmarin 5 buah buku dilancarkan secara resmi di Pentas Utama Pusat Dagangan Dunia Putra sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

    10 tahun membina impian dan usaha yang tidak pernah mengenal jemu, Literasi Resources naik ke pentas bersama 14 orang rakan penulis guru lain.

    Wakil Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dr Suhaimi Abdul
    Kadir selaku perasmi pada hari yang penuh bermakna bagi Literasi Resouces. 5 buah buku dilancarkan secara serentak iaitu :
    – Amalan Terbaik Pusat Sumber Sekolah @ Komuniti
    – Panduan Pusat Sumber Idaman
    – Lintas Batas Antarabangsa
    – Komuniti Perbukuan
    – Cerita Orang Pahang

    Majlis diserikan dengan persembahan bercerita oleh Pn Hasniah Hussein aka Mama Tok dan ikuti dengan forum “Apabila Pena Mendidik” di Bilik Labuan.
    Forum dihadiri oleh lebih 100 Guru Perpustakaan dan Media seluruh Malaysia.

    Panelis forum terdiri daripada penulis buku dan tetamu dari Indonesia – Ibu Hanna Latuputty – Presiden dan Konsultan APISI.

    Sekalung penghargaan kepada semua penulis yang berjaya menghasilkan karya. Penghargaan juga kepada pasukan kerja di belakang tabir yang terdiri dari editor kanan Norziati Rosman dan Tukang Buku Muhammad Syukri , Fahmi Rosli serta Mohd Fadli.





    Source

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *