Get Your Business Started With Flat Responsive

    Use Flat Responsive theme to create your business website as it is SEO optimized.
    Enjoy the flexibility in design and functionality provided by this theme.

    Get Theme

    Bahasa JawiORANG JEPUN PANDAI BACA TULISAN JAWI “Bahasa Melayu dan tulisan Jawi…


    Bahasa Jawi




    ORANG JEPUN PANDAI BACA TULISAN JAWI

    “Bahasa Melayu dan tulisan Jawi sangat dekat dengan diri saya. Rugi jika anak-anak muda sekarang tidak merasai keindahan yang merangkum sosio budaya tradisi nenek moyang mereka”

    “Saya belajar membaca Jawi berpandukan buku-buku seperti Belajar Tulisan Jawi terbitan Fajar Bakti tahun 1977 dan juga buku-buku tulisan pendeta Za’ba,” kata Yamamoto.

    Dia berpendapat tulisan Jawi perlu dipermudahkan supaya golongan muda mudah mendekati warisan berharga tersebut.

    “Di negara Jepun sendiri, jelasnya, beberapa aksara klasik sudah dimodenkan kerana tidak lagi dapat difahami oleh generasi muda,” jelas Yamamoto.

    Dia (Dr. Yamamoto) berpendapat bahawa ramai yang menganggap amalan pemodenan itu sebagai satu kecacatan kerana tidak mengikut amalan asal atau tulen.

    “Saya melihat bahasa Melayu semakin berkembang dan selari dengan arus modenisasi. Penerapan bahasa-bahasa luar perlu dilihat sebagai satu proses perkembangan linguistik yang positif untuk kelangsungannya,” ujar Yamamoto mengulas survival bahasa Melayu dan tulisan Jawi dalam kemajuan dunia moden.

    Petikan:
    Akhbar Kosmo, Isnin 13 Mei 2013.

    *******

    PROF. DR YAMAMOTO DAN SUMBANGANNYA TERHADAP JAWI

    Prof Yamamoto ialah ketua projek pengarkiban digital Majalah Qalam. Adapun Akademi Jawi Malaysia – Klasika Media ialah rakan projek bersama Center for Integrated Area Studies (CIAS), Kyoto University, Jepun dalam menjayakan projek ini.

    Pada tahun 2011 hingga 2015, Akademi Jawi Malaysia telah bekerjasama dengan CIAS dalam menghasilkan perumian 228 edisi Majalah Qalam, sebuah majalah yang kaya dengan sumber sejarah yang diterbitkan di Singapura dan Malaysia dari tahun 1951-1969.

    Hasil projek perumian kami telah dipersembahkan dalam bentuk arkib digital yang canggih dan boleh diakses secara percuma di sini: www.majalahqalam.kyoto.jp

    20 edisi merdeka Majalah Qalam juga telah kami terbitkan untuk rujukan para penyelidik. Majalah ini boleh dibeli secara terus daripada kami.

    #bahasajawi
    #majalahqalam


    Source

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *