Warning: unlink(error_log): No such file or directory in /home/literasimaklumat/public_html/index.php on line 1
April signifikan dengan bulan buku terutama mereka yang bergiat di dalam indust… – Literasi Maklumat

    Get Your Business Started With Flat Responsive

    Use Flat Responsive theme to create your business website as it is SEO optimized.
    Enjoy the flexibility in design and functionality provided by this theme.

    Get Theme

    April signifikan dengan bulan buku terutama mereka yang bergiat di dalam indust…


    April signifikan dengan bulan buku terutama mereka yang bergiat di dalam industri buku. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur berpuluh tahun menjadi hari raya penerbit buku.

    Tentu sekali wall FB hari ini sehinggalah penghujung April ini memori bersama buku akan muncul walaupun tahun ini hari raya orang buku sepi. Tidak sama sebenarnya pesta buku digital dan pesta buku bersemuka.

    Puluhan tahun diraikan dan puluhan tahun juga diadakan di PWTC. Tahun 2015 berpindah ke MAEPS tetapi pulang semula ke PWTC. Hari ini MAEPS menjadi pusat kuarantin Covid-19 yang sama sekali tidak terduga oleh sesiapa pun. Ruang yang sama, booth sahaja berbeza bentuk.

    Hari ini juga memori kelahiran buku Dari Subis Ke Bologna- Guru Malaysia Mengubah Dunia terpapar. Terima kasih kepada semua penulis buku ini dari utara Semenanjung hinggahlah ke Sabah.

    Buku ini juga telah jauh menjelajah ke serata pelusok dunia setinggi Gunung Kinabalu sehinggalah berada di Perpustakaan Awam Tromso, Norway tidak jauh dari Kutub Utara.

    Bagi saya yang menyelenggara buku ini dan juga sebahagian daripada penulis serta menerbitkan karya, ini suatu pengalaman yang indah dan abadi.

    Tanpa kerjasama erat daripada penyumbang dalam kalangan Guru Perpustakaan Dan Media serta Guru Cemerlang impian ini tidak akan terlaksana.

    Teruskan menulis dan kongsikan pengalaman kalian dalam bentuk apa sahaja.

    Saya tidak berhenti menulis walaupun sedikit sehari tetapi jika dikumpulkan akan menjadi sebuah buku juga nanti. Nantikan anekdot OUM LC Seberang Jaya – cerita santai-santai pelajar dan tutor.

    Sepanjang PKP mood sedikit down walaupun banyak masa, tetapi saya suka mengumpul sesuatu yang unik hasilan karya kreatif dari pelbagai sumber dan boleh menjadi ilham berkarya.

    Selamat Ulang Tahun Kedua 🌷🌷
    Dari Subis Ke Bologna – Guru Malaysia Mengubah Dunia

    Untuk semua yang telah merealisasikan impian selamat ulang tahun diucapkan kepada

    Che Normadiah Che Abbas, Dr Zuridah Hanim, Jura Hj Hamid, Azlan Idris, Shah Ridha, Noorjahan Sultan,SD Mayang, Zaihanim Zainal Abidin, Normazliana Hashim, Biskut Jagung,Zuraida Abd Majid, Azizah Jaafar, Zarina Md Desa, Jusniar Ab Jalil, Nik Rosida Yusof, Irebeh Sabara, Sow Lai Kong, Walinong Sari, Noraida Ahmad, Naemah Ismail, Tan Shin Yee, Md Norhaliq, Yusof Gajah, Josephine Ambon, Grace Lungkong, Muhammad Teja dan Norziati Rosman

    #PKP
    #Covid19
    #MenulislahDariHati




    Source

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *